I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 24, 2011

ini HASILNYE untuk MEREKA...

tahun 2007 ditempat ini
datang berbondong kami-kami ini
semangat kental penuh jati
walaupun ketidakpastian menyelinap di hati
apa yang bakal ditempuhi
di tempat yang asing begini....

rumah kedai ejek orang
kami malah tidak termakan
akan ejekan demi ejekan
malah bangga kerana dapat menimbu ilmu yang sakan
pensyarah,guru,pentadbir serta rakan
tidak lelah memberi dorongan...

kuliah,tutorial,lawatan,seminar dan pelbagai dijalani bersama
tidak ketinggalan kokurikulum dijalani jua
kemahiran insaniah menjadi agenda
keusahawanan pula asas wadah yang utama
kesemua dijalani dengan tabah dan sempurna
akhirnya perjuangan ditempuhi dengan jaya...

19 september 2011 tarikh keramat
konvokesyen pertama sejarah dipahat
segala pengajian telah disemat
terima kasih kepada yang berkhidmat
semoga kami hidup bernikmat
bermulalah sebuah perjalanan yang penuh hikmat...... :)


TERIMA KASEH SEMUA....
4 TAHUN BERHEMPAS PULAS,DARI KL KE KELANTAN...DARI KELANTAN KE KL...
AKHIRNYA BERHASIL JUA....


ini untuk mereka.....kejayaan dikongsi bersama... :)